Thursday, August 19, 2010

Kunjungan ke Blog

Sudah menjadi satu kewajipan bagi saya tiap-tiap hari mesti sekurang-kurang nya 2 kali saya akan menjengah blog kesukaan saya ini. Bagi saya sungguhpun penulisan dan penyampaian nya tidak seberapa tetapi isi-isi dan pengisian nya memberi kan saya satu inspirasi serta pengertian bermakna dalam hidup.

Penulisan yang begitu jujur dan tulus pernah saya jumpa, ada ketika nya saya terasa begitu jelas dan dekat kepada penulis blog tersebut. Pernah sekali beliau menulis mengenai ibu-bapa membuat kan saya hiba dalam tawa kecil, melayukan hati saya dan menjunamkan tembok keegoan saya sebagai lelaki dengan menitis kan air mata. Beliau juga kerap menulis tentang seseorang yang saya dapat dari pandangan saya seseorang itu begitu dekat dengan beliau dan beliau sejujur nya begitu menyanyangi dan mengasihi insan itu. Hampir setiap nasihat dan kata-kata beliau setulusnya ingin melihat insan ni berjaya dan bahagia di depan mata beliau kalau boleh beliau tidak mahu melihat sedikit pun kelukaan dan kesedihan kerana beliau turut merasainya juga.

Hari ini dalam kesibukan saya sempat juga membaca penulisan beliau iaitu 'bolehkah kami ceria kembali' . Konflik demi konflik cuba dileraikan dengan keberanian beliau walaupun ada ketika nya beliau begitu takut untuk melangkah tetapi atas diletakan dengan tanggungjawab dan amanat beliau melaksanakan dengan sepenuh dedikasi.

Saya mungkin dapat memberi semangat dengan 'bersabarlah...' jika saya mengenali insan ini tetapi mungkin bersabarlah saya ini masih belum cukup untuk memberikan kekuatan buat insan itu. Saya yakin lambat laun pihak yang insan ini/beliau ini cuba dapatkan perhatian akan terlaksana tetambah dibulan yang penuh barakah ini Ramadhan Al-Mubarak saya yakin berkat doa beliau dan insan-insan yang sentiasa berada disamping serta bersama beliau akan memberikan satu sinar baru dalam permasalahan yang beliau hadapi. InsyAllah...

Tiada yang mungkin kerana segala nya pasti akan ceria kembali. Tindakan bijak anda itu di harapkan dapat memberi ruang dan menunjukan tiada pihak yang boleh memandang sesiapa dengan sebelah mata dan tidak boleh bersikap diktator dalam mengerjakan sesuatu sebalik nya perlu ada toleransi dan bersikap kekeluargaan (dalam konteks adil, tolong-menolong, toleransi, tidak berpuak dan lain-lain). Di harapakan penulisan beliau kali ini dapat memberi pengalaman baru dan lembaran baru dalam kehidupan beliau serta setingkat lagi fasa kehidupan yang beliau jalani. Moga hadapi dengan tabah:)

No comments: