Monday, August 16, 2010

Kisah pukau dan liwat!

Ingat ke bulan puasa ni ke semua iblis dan syaitan tapi masih ada lagi manusia bertopeng syaitan yang tak mampu mengawal nafsu yang maha hebat itu. Pukau! itu mungkin ok lagi tetapi kalau sehingga LIWAT! mangsa nya adalah LELAKI sejantina dengan peliwat! paling tidak saya sangka adalah di surau di masjid...Rumah suci Allah di jadikan tempat manusia yang tidak berhati perut untuk melunaskan nafsu serakah dengan cara yang salah.

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.

Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.

Namun, mangsa cuba melelapkan mata semula selepas suspek mendakwa mahu menunggu jemaah lain untuk mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.

Menurut sumber, kesempatan itu digunakan suspek untuk memukaunya sebelum lelaki terbabit menanggalkan pakaian dipakai mangsa.

“Suspek kemudian mengambil kesempatan itu untuk memuaskan nafsunya dengan meliwat mangsa. “Lebih malang, sebelum suspek melarikan diri, dia turut menyembunyikan pakaian mangsa,” katanya.

Sumber berkata, mangsa hanya tersedar selepas dia dikejutkan beberapa penduduk setempat yang datang ke masjid jam 5.45 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

“Pada mulanya, mangsa dimarahi penduduk setempat kerana tidur dalam keadaan bogel dalam masjid berkenaan. “Penduduk setempat kemudian memberikan kain pelekat kepada mangsa,” katanya.

Katanya, mangsa yang bagaikan dalam keadaan separuh sedar itu memeriksa duburnya kerana berasa sakit.

“Ketika itulah dia (mangsa) sedar bahawa sudah diliwat dan mengesyaki lelaki yang datang tidur dalam masjid itu melakukan perbuatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai menunaikan solat Subuh, berkat doa imam dan bantuan penduduk setempat mereka menemui suspek yang berlegar-legar di kawasan perumahan di Flat Sri Kelantan, di sini.

“Suspek yang menyedari kehadiran penduduk untuk menangkapnya cuba melarikan diri, namun gagal.

“Mangsa menghubungi polis bagi melaporkan kejadian berkenaan,” katanya.

Suspek direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

***
Patut kah? semestikah di masjid?
Persoalan untuk diliwat = apakah kesudah nya nasib umat ini? masuk keluar court cam anuar dan saiful kah? turut trauma dan menjadi gay/biseksual? terus mendiam diri kerana fobia???

Persoalan untuk peliwat = adakah peliwat adalah benar gay/biseksual? adakah kerana nafsu yang terlalu over-hi mencari lelaki utk melepaskan nafsu dan kenapa dengan pukau? adakah keinsafan pada insan ini? Apakah nasib anak isteri setelah mengetahui suami/bapa mereka sedemikian rupa (jika berkahwin)? ibu bapa peliwat? bagaimana pula...

Persoalan untuk orang yang ke masjid = perlu ke menuduh tanpa usul periksa?

Salam Ramadhan

No comments: