Sunday, August 15, 2010

Andai aku tahu 3

Kembara ku selama beberapa hari ni berlari meninggalkan segala bebanan diri yang dah lama tertanggung membawa selembar kehidupan pada hidupku. Terima kasih kepada insan yang sentiasa berada di kiri dan kanan ku, depan dan belakang aku tatkala aku berduka, suka, dan apa jua perasaan aku.

Kuala Lumpur ke Penang ke Kuala Lunpur dan Johor Bahru...
Sepanjang beberapa hari ni hanya yang mampu aku simpulkan insan ini hampir berjaya memahami diri aku tetapi masih belum mampu sepenuhnya. Namun sikap baran ku ini berjaya dilumpuhi dengan kata-katanya sahaja aku bisa akur(Takut beb). Aku ni memang ada sikap tidak pernah puas hati tetambah jika aku rasa tidak sedap hati terhadap insan yang aku sayang contohnya my mum demam tp cakap tak demam, aku akan guna pelbagai sumber yang aku tahu untuk pastikan my mum bercakap benar selagi hati aku tak tenteram dan tak ketahui yang sebenar memang la aku cm tu. Maaflah kalau ada yang nak berkecil hati dengan cara aku kerana aku terlalui mengasihi dan menyanyagi apatah nyawa pun aku tidak kisah jika ia di perjudikan selagi aku bisa melihat insan-insan ini ceria bahagia di sisiku.

Minta maf jika hari ini aku membuat kau berkecil hati kerana aku telah cam ni dan aku tak mampu dan tak ingin melihat dirimu seperti diriku begitu juga nasihat mu yang ingin ku berubah akan ku usahakan, sama-sama kita jauhkan.

Betapa susahnya menjaga hati seseorang betul kata seseorang betapa susah lah nak menjaga hati manusia, namun aku sedar aku sekadar insan biasa yang tak lari dari terlepas bicara, terlanjur perbuatan, terkasar berkata, ter-itu ter-ini tapi aku yakin kerana semua ini harap dapat merasai ingat nikmat nya sebuah kasih sayang bukan lah jadikan kesemua ni sebagai alasan untuk menjauhkan diri. Aku tanak tahu akan ego sesungguhnya ego itu hak milik sendiri yang masing-masing tahu guna-caranya. Apa-apa pun andai aku tahu selepas ini aku takan bicara lagi namun aku hendak dan hendak beritahu lagi...kerana aku risau! sentiasa diberitahu padaku jangan risau dan insan ini tahu jaga dirinya namun aku tak mampu menahan diri aku dari terus risau tapi aku yakin jika insan in mampu nasihat dan jaga aku, maka aku yakin insan ini pun mampu juga jaga diri nya.

Hiba aku melihat insan ini turut merasa berat nya hatiku setelah beberapa kali insan ni memaksa untuk aku mencerita segala bebanan yang aku pikul selama ini. Acapkali insan ini bertanya kenapa selama ini abg tgk adik ok ja? (jauh dari sudut hati aku..) maaf bang sebolehnya tanak cerita langsung, owg nak berkongsi segala jenis senyuman yang ada di dunia ini bukan sejuta hempedu yang maha pahit untuk ditelan. Kesudahnya abg juga yang berkerut seribu melihat owg....maaf, terasa sangat bersalah.

Pinta nya, ingin melihat aku bahagia dan kembali ceria seterusnya berjaya akan aku tunaikan sememang itu niat aku berjumpa insan ini untuk kembali kan kekuatan pada diri aku di saat parent aku tak mampu melakukan seperti itu tapi aku dikurniakan seseorang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk adiknya.

Musafirnya aku, mengembara sebahagian semenanjung dalam tempoh beberapa hari ini memberi aku satu jawapan yang pasti, aku memerlukan seseorang yang boleh sentiasa berada di sisi aku untuk meniup semangat agar aku leh sentiasa terjaga dari lena, sentiasa bangkit dari kegagalan dan kekecewaan..dan aku telah milikinya, ternyata insan ini adalah jawapan yang pasti. Terima kasih bebanyak ya Allah..moga ia kekal sampai ke akhirnya.


Andai aku tahu dunia ni tak seindah yang ditafsir dalam puisi-puisi cinta, di garap dalam syair-syair indah, digubah dalam lirik melodi lagu nan syahdu sebaliknya dari penyampaian mulut-mulut yang tidak pernah tutup walau sekejap dari berbicara bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya, tidaklah aku terus resah gelisah mencari warna-warna indah di dunia. Aku harap insan ini dan kami dan keluarga kami mampu menemui warna-warna indah itu agar kami akan terus melakar senyuman-senyuman indah itu.


Tahniah atas kemenangan mu. Selagi juara selama-lamanya juara! InsyAllah sungguhpun kata-kata itu berbau bongkak namun tiada yang mustahil jika sentiasa berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah aku yakin boleh. Insan ini memiliki kekuatan ini dan aku yakin aku boleh membuat insan ini sentiasa ceria dan gembira. Aku yakin insan ini boleh berjaya sehingga ke peringkat tertinggi yang diidam-idamkan nya selama ini.


Aku hanya mampu berdiam diri tatkala aku tidak tenang, marah, tidak puas hati, tidak menyukai, dan segala yang aku rasa aku tidak selesa pada saat itu. Datanglah dan peluklah adikmu ini sesungguhnya setiap pelukan mu sebagai abg dapat memberi sedikit ruang untuk adikmu bernafas tenang dan tidak berasa seperti tidak dihiraukan. Alhamdulillah insan ini tidak pernah merasa berat dengan title sebagai 'abg' sebaliknya insan ini selalu mengingat kan aku apa guna nya seorang abang. Dan sikap nya ini menjadikan insan ini bukan sahaja sekadar seorang abang malah seorang sahabat yg sngat aku hargai. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku hadiah sebegini padaku.

Dunia ini tidak pernah indah
seperti dalam bait-bait puisi;
seperti dalam lirik melodi lagu nan syahdu;
seperti dalam garapan syair merdu;
sebaliknya yang aku temui hanya dusta nestapa, fitnah dunia dan segala unsur kemusnahan sebegitu juag aku yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan walaupun sekecil zarah sekalipun, aku minta maaf bebanyak kerana hari melakukan kesilapan pada insan ini. Aku yakin kalau kita ikut kata-kata orang memang kita akan temui segala yang buruk itu sebaliknya ciptaan Allah sangtalah indah bagi yang tahu menilainya dan menghargai nya. Dan aku yakin dunia ini memang indah jika diisi dengan kebahgiaan dan keceriaan.

Sudah dinamakan lelaki memang tidak dapat lari dari ego memang lah aku yakin susah untuk lelaki seperti aku untuk menunjukan rasa cinta, kasih dan sayang baik pada ibu bapa, kekasih hati, kakak2, adik2 terutama yang sejantina baik adik lelaki atau pada abang. Susah nak tunjuk rasa sayang itu tetapi aku yakin setiap lelaki tahu cara nak menunjukan rasa sayang itu apatah yang sentiasa ingin disayangi dan tidak mahu kehilangan yang dikasihi.

sekian...

salam 5 Ramadhan

No comments: