"abg, sihat tak?"
"ok ja...sikit ja pun"
"makan la ubat, g jumpa doktor ke pe, mintak tolong dari abg helmi ke hafiz ke beli kan ubat ke pe"
abg cuba mengelak "tak leh dimanjakan sangat, sakit sikit jumpa doktor"
"sikit ja pun ala badan panas je kan doktor pun cakap tade pe"
Aku pun menyandarkan badan pada kerusi lalu merenung tajam tepat pada jaket kuning yang tersemat tulisan 'MALAYSIA' di belakangnya. Bangga nya kalau aku yang menyandang amanat ini dan sekurang-kurangnya saya tetap berbangga kerana abang yang memakai serta membawa amanat tersebut.
"kalau tak cukup rehat dan tak makan ubat.....haish, abg ni wat owg risau lak, nanti camne dgn training abg..". "Game kat Vietnam pun da dekat kan"
"erm tengok lak sok abg jumpa doktor lain.." abg seolah-olah cuba mengelat dari menjawab soalan daripada ku.
Bila aku sakit dan tak tahu pe yang sedang aku hadapi abg lah orang pertama yang akan menyuruh aku pergi jumpa doktor kalau boleh abang nak aku sihat je dan belajar sampai berjaya.
Pernah sekali dan kerap kali abang akan perli aku jika aku tidak menuruti setiap apa yang di nasihatinya. Kadang-kadang aku suka membiarkan perwatakannya sebegitu sekurang-kurangnya aku boleh tergelik kecil dikala aku duduk berseorangan diri.
Di saat ini abang baru sekadar tidak sihat disebabkan kekurangan rehat yang mencukupi belum lagi ditimpa sesuatu luar jangkaan aku, adapun begitu aku juga takut jika bonda ku yang paling ku cintai pun senasib yang sama seperti abang. Kadang-kadang mak aku selalu menyembunyikan sakit nya padaku nasib baik aku dikurniakan seorang adik yang sangat bising mulutnya jadi aku akan tahu lah juga sedikit perkembangan mama ku itu. Terima kasih,Alin.
Abang, walau apa pun owg nak abg teruskan semangat juang abg. Dah janjikan sekurang-kurang nya 3 Sea, 3 Olimpik dan 3 world champs. Jangan mudah mengalah! Owg sentiasa berada di sisi abg dan buat pengetahuan abg juga mak dan abah selalu ikuti perkembangan abg kat surat khabar setelah nama abg yg disebut-sebut bakal rangkul emas di Vietnam tersemat indah di Metro minggu lepas. Go fighter! Go gO Go
salam
No comments:
Post a Comment