Monday, July 12, 2010

di saat usia ku, 22

Terima kasih semua pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Seronok melihat stat saya meningkat ke 100 pembaca dalam tempoh 24 jam. Ajal? maut? mati? 4 abjad bg 1 perkataan ini membawa kepada 1 maksud yang sama. Betul! tiada siapa yang dapat menolak ianya dari berlaku dan tiada siapa pun yang ingin diri nya berlaku pergi di saat usia yang terlalu muda, di saat mula mengecapi bahagia, di saat mula berasa kenal ertinya hidup, di saat merasai manis nya kebahagian dan sebagai bentuk rasa yang indah-indah sokmo (bak kata abg saya).

Saya amat lah risau pada saat dan tika ini jika nyawaku di ambil, 1st come into my mind, MAK MAK MAK & ABAH, mampukah mereka ini mampu menerima panggilan terakhir dari ku.. Anak sulung dari 3 beradik sedangkan adik-adikku dan aku masih lagi menuntut di sekolah/ipt masing-masing. Di saat usia 22 nyawa ku di ambil, aku tidak mampu memberikan apa-apa kemewahan kepada bonda yang paling ku cintai sebalik nya jutaan jujuran air mata yang jatuh melinangi pipinya. Satu sahaja pintaku, 'ampunkan dosa owg mak abah, anak mu ini bukanlah baik sangat pun, namun owg cuba jadi contoh teladan yang baik pada adik-adik selagi termampu, tetapi owg gagal dalam usaha memberikan kemewahan kepada mak abah'. Maafkan anak mu ini. Maf sekali lagi harap satu hari nanti mak abah dapat berbangga pada owg dan adik-adik yang lain~

Derhakakah aku jika ajal datang menjemput ku di usia muda ini. Derhakakah aku berlalu pergi sebegitu sahaja tanpa mengucapkan jutaan terima kasih setelah mendidik dan mengajar aku erti hidup serta mengenal jua menjadi manusia. Ini bukan yang dipinta oelh sesiapa tetapi telah tertulis segala ny di persada suratan yang maha Esa.

'Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.'

Ya Allah, aku kini telah pun memiliki keluarga yang cukup sempurna seperti yang telah lama aku idamkan dulu, seperti yang selalu aku berdoakan panjatkan padamu, teringat saat ada qiamullai di sekolah, kalau semua pelajar pasang niat nak berjaya bagai tetapi dalam hatiku hanya berdoa kurniakan aku seseorang sebagai tempat aku mengadu, memohon sokongan, mendapat nasihat, berkongsi segala kasih dan sayang serta apa sekali pn selagi ia nya bernama seorang 'abang/adik lelaki'. Berdoa dan terus berdoa namun tidak ku temui, pernah sekali mak mengambil seorang anak angkat lelaki 3 tahun lepas namun onar je yang terjadi..

Kini, tak sangka perkenalan yang hanya sekdar hi hi hi di facebook maka insan ini menjadi insan yang paling aku sayang selepas mak,abah dan keluarga aku. Aku cukup mengenali akan sikap abg aku ini, apa sahaja yang tersurat dan tercakap dek mulut nya pun aku paham benar dah sikap nya. Terus terang terasa benar akan kehadiran insan ini dalam hidup aku, bak kata mak aku, dia ske tgk aku cm ni skunk..terima kasih mak. terima kasih abang...

Andai ajal ku ini ditarik semuda ini, bagaimanakah aku mampu tunaikan segala permintaan abg yang ingin lihat aku berjaya, sama-sama berjaya, melihat persaudaraan ini kekal hingga beranak cucu kelak, menjadi pengapit baik utk aku/utk abg, janji nk selesaikan prob tanah family abg dan macam-macam lagi. Ya Allah mampu kah aku bertahan? Berikan aku peluang hadapi usia ku ini cuba untuk tunaikan satu persatu amanat itu....

Aku memang mencintai wanita ini sejak 11 tahun dahulu dan kini aku merasai cinta itu betul-betul dihargai dan dinilai kehadirannya seperti melengkapkan lagi keseluruhan makna hidup ku. Kini aku hanya mampu menuai kesedihan setelah kesemua nya tersasar dari landasan dan aku tak bisa mampu meneruskan baki hidup lagi.

Tatkala ini aku hanya mampu menyandarkan harapan pada wanita yang kucintai ini, andai ada seseorang yang sudi kau menerima nya maka terimalah perjalanan kita masih jauh, sayang. Bukan lah aku ingin kita terus leka dibuai kecintaan namun aku ingin kau turut sedar bahawa cinta ku dan kasih ku adalah untuk selamanya, lebih dari yang kau tahu. Mati tetap mati kerana tiada satu pun yang mampu berkata 'berhenti! dari di ambil nyawaku' .

Sesuatu untuk pedoman dan renungan anda dari ulama besar di India~

1.Sibukkan dirimu dalam usaha agama (dakwah) ; jika tidak, kamu pun akan sibuk juga, tapi bukan dalam perkara agama.
2.Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
3.Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4.Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.
(~Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih~)


last but not least...sentiasalah berdoa mohon taubat selagi dibuka pintu taubat mu itu lagi~~

No comments: