Monday, June 14, 2010

Jangan Bersedih

"jangan takut, jangan berdukacita" (al-ankabut 29:33)

Ya Allah berderau jantung ini bila my bro bagitahu yang handphone nya yang mahal gila yang hampir menyamai kamera DSLR yang latest. Macam mana lah boleh hilangkan? Abang saya ni selalu juga kehilangan barang nya dan selepas dia tenang kembali alhamdulillah jumpa balik. Seperti beberapa minggu yang lalu abang saya ini kehilangan jam tangan nya, jenuh juga la saya ni duk menenangkan dia, syukur sangat abang saya ni nampak tenang walaupun dari mata kasar saya dia ni agak kurang mampu menahan segala 'angin badan' nya. Namun Allah itu sangat mengetahui dan mengasihani maka tidak semena-mena jam tangan itu dijumpai nya, sungguhpun saya dah bagitahu ny bahwa jam itu ada di tempat tersebut malah beliau berkeras bahawa jam itu berada di tempat lain :)

Sudah jatuh bertimpa tangga, bukan apa saya sangat lah sedih mengetahui permasalahan yang menimpanya sewaktu di Sukma kini kehilangan hanset pula, aduh dahla di pertengahan bulan mana lah nak cari duit nak itu nak ini, nak hidup lagi kalau saya mungkin mahu 3 hari duk melangu erm, seperti orang tidak betul :(, selepas satu.. satu masalah datang menimpa bukan nya sedikit tetapi maha hebat dugaan nya.

percayalah nikmat Allah di bumi ini terlalu banyak dan kita harus bersyukur kerana segala yang ada dikeliling dan pada kita adalah nikmat dari Nya oleh itu jika di tarik satu nikmat dan diberi satu musibah maka bukan lah untuk kita berdukacita. Jangan untuk kita terlalu bersedih. Bukankah itu satu petanda bahawa Allah mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil, insyAllah....

Masalah yang datang bertimpa itu haruslah kita hadapinya dan sungguhpun begitu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui adalah untuk mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang akan dan bakal serta yang telah dihadapi.

Dan saya percaya insAllah ada rezki abang mesti akan dapat telefon itu..percayalah namun walauapapun yang berlaku selepas ini setiap masalah yang dihadapi kita serahkan kepada Allah. Kita hanya perlu berusaha hanya Allah yang menentukan.

No comments: