Abang tu bapak garang!
Abang muka ketat!
Betul ke saya ni menjadi kem komanden 2! Bukan apa saya dah lama tidak memegang role sebagai watak-watak yang kena maki hamun, marah-marah, dan 'brutal sopan' bak kata apai iaitu penyelaras Kem Kepimpinan JPP '24 hours JPP' . Saya akui dan saya terima akan teguran pada hari pertama bersama bakal-bakal JPP,saya telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan saya masakan tidak saya yang selalu tergelak, senyum dan sengal ini terpaksa kembali kepada diri saya 4 tahun lepas sewaktu saya memegang Ketua Pengawas Sekolah.
Kenapa? Bagaimana? Sebelum melangkah pulang ke bilik saya agak terkedu memikirkan kenapa saya perlu bertindak sebegitu terhadap budak-budak itu, saya masih terkejut dan saya makin terkejut di saat saya melihat beberapa fasi berubah melihat saya sebegitu. Jannah yang menangis, syida dan adek yang seolah tidak dapat menerima saya memberi arahan dan pengajaran kepada bakal JPP itu.
Lantas saya beristigfar seketika kerana saya telah pun mengulangi kesilapan yang pernah saya lakukan sewaktu di sekolah menengah. Alhamdulillah kengkawan fasi mengingatkan saya agar tidak terlalu over dan melibatkan fizikal (bayangkan tetiba saya suh dia bumping 10 + 10 kerana jeling saya sahaja).
Secara officially saya sangat best dapat join program pada kali ini, esok bermula program sebenar saya di matrik sebagai ketua untuk dokumentasi bagi program pada kali ini. Saya juga bersyukur kerana pensyarah di sini masih lagi tidak putus-putus mengharapkan yang terbaik dari saya dan team-team saya.
Saya ingin memohon maaf kepada adik-adik bakal JPP jadi seorang pemimpin yang baik dan pegang tanggungjawab tu sebaik yang mungkin. Abang hrap jangan jadi seperti yang sebelum-sebelum ini. ok. TAHNIAH di ucapkan di atas kejayaan anda dan mendapat undian terbaik dari pengundi-pengundi anda dan ingatlah setiap undian itu bermakna mereka meletakkan harapan agar anda dapat membrikan yang terbaik kepada mereka bak kata PM kita 'rakyat didahulukan pencapaian di utamakan'
No comments:
Post a Comment