Thursday, May 20, 2010

Just do it!

Entahlah adakalanya saya tertanya-tanya segala tindakan saya ni betul kah atau salah kah?
Mungkin sesetengah orang memandangkan tindakan saya ini ada betul nya, ada sekelompok manusia lagi memandang yang tindakan saya ini ada salahnya..ada lagi yang mengatakan ada salah sikit betol sikit.. apakah?

Situasi 1

A: Awak saya nk da antar rombongan saya datang umah awak?

B: aikk..cam ne ni pompuan datang meminang lelaki???? (jgn ikut adat bro, ikut Islam ok je)

A: mak abg setuju, ayah abg setuju, mak ngan abah ayg lagi la giler setuju....abg kan ensem, tough pe (walopun sebenarnya bmi sekadar atas pagar) ada kete, ada umah (uamh sewa je kot).. blah blah blah

B: (diam membisu)

A: Nape abg senyap? Abang tak ske ke kami datang umah abang?

B: Bukan tak ske dan juga bukan kerana abg giler-giler suka tetapi hati abang ni erm, entah la ayg....

Si A pun dengan deras nya berlari macam filem melayu tu anggap je si Fasha Sandha gedik tu berlari nyot-nyot2 selepas si jantan nya tu kata tak sudi nak kawen....kuang3

Si B pun bermonolog sendirian (kononnya jiwnag habis lah)....

"salah ke aku ni cakap cam tu, ye la aku sedar aku ni sape anak drebar lori je, keje pun cashier kat Jusco, duduk pun kat Stingarden Kg. Baru......" sambung nya lagi "setidak-tidak nya biarlah aku jadi anak tauke lori pasir, jadi owner Jusco, pemilik tanah yang bakal dapat pampasan jutaan ringgit dari kerajaan apabila Kg. Baru akan di upgrde t setelah itu baru la kita leh kawen.. tol tak cik jah markonah oiit"

monolog lain lak...

" aku salah, aku bersalah sepatutnya aku gembirakan dia, aku banggakan dia, yelah bukan senang da kedua keluarga da suka...aku patut berkata ye 'abang akan kawen dengan ayg' tapi....aku kecewakan dia"

ada lagi monolog nya...

" cik jah, bagi abg peluang ye ayg, abg masih muda, kte masih muda...banyak lagi yang abang perlu pelajari dalam hidup ini (sebenarnya ko nak cari perempuan ala-ala beyonce' memang la tak jumpa dik oitt) "

tergelak-gelak la saya kalau cakap bab-bab cam ni yela kalau saya sendri pun saya tak sanggup nak lakukan pape. Namun saya ada satu nasihat, kumpul duit sampai cukup, beli rumah sendiri, beli kereta sendiri selepas tu cari lah pasangan insyAllah dapat nya...jangan terlalu desperate melabel diri kita tidak laku adakalanya kita ini akan diuji dengan perkara-perkara yang sebini jadi jangan taksub mencari timba, mengharap kan bulan duduk atas riba; kita tengok banyak sangat remaja yang kahwin awal bakal nk survive sebab pe baiasalah sebab utama nya tentulah perempuan, maintenance ny tinggi sangat kalau dapat suami bergaji kecik tapi rajin tak pe kalau yang berjenis pemalas dapat lak bini yang kaki polka dot mati laaa...

Oleh sabab itu, kumpul lah harta selepas itu bila da berkemampuan baru kahwin, dalam Islam pun ada diberitahu apabila da betul-betul mampu baru kahwin ni baru je kapel dua tiga bulan nak kahwin sedangkan duit poket pun mintak mak ayah.. fikir-fikir kan

Ada betul memang ada salah nya sebabnya kita sentiasa hidup dipengaruhi orang lain hinggakan kepala otak tidak serabut leh jadi gila di buat nya...Amalkan gaya hidup yang sihat apabila kita serabut ajak la kawan-kawan terapat atau sesorang yang kita sayang, kasihkan (ingat bukan gf/bf sesorang yang lain) untuk diluangkan bersama, luahkan segalanya mana tahu ada jawapan yang menanti anda...lakukan lah apa sahaja yang anda teringin hendak lakukan. Just do it!

Fikir kan yang terbaik untuk diri sendiri bukan untuk orang lain. Jagalah diri sesungguhnya kita terlalu jagakan hati orang lain namun diri sendiri di anak tiri entah ke mana...sekian

No comments: