Assalamualaikum w.b.tSedar tak sedar saya lupa untuk mengucapkan selamat tinggal pada hari kelahiran saya yang disambut pada saban tahun 06.04.1988 dan pada tahun ni jatuh pada hari Selasa iaitu pada minggu peperiksaan maka tiadalah sambutan oleh sesiapa pun untuk saya (sedih lak..hehe).
First Kiss? Senyuman macam mana yang saya maksudkan tu ye.
Andaian 1 : maksud nasz, ciuman yang cam owg putih tu ke? French kiss, Malay kiss, usa kiss. bla bla bla. (side kick nak?)
Andaian 2 : ciuman yang bukan muhrim ke? Makwe cium tangan pakwe yg belum kawen lagi? Adik angkat pompuan cium tangan abg angkat ny? (Cium tapak kaki nak tak?)
Andaian 3 : ciuman pe lak ni... kotor-lah...
Macam-macam andaian tapi andaian anda semua salah. Saya harap andaian 1 dan 2 tu bukan di parktikal oleh anda yang bernama Muslim. Buruk lah sangat di khalayak ramai...
Ciuman di sini adalah ciuman yang ibu bapa anda berikan kepada anak-anaknya, ciuman suami kepada isteri dan ciuman abang ataw kakak kepada adik-adiknya (jarang berlaku).Kerana satu ciuman hati yang lemah boleh menjadi begitu semangat. Satu kucupan yang ikhlas mampu mengubat segala duka lara di jiwa. Namun, apa yang berlaku sekarang dan apa yang saya sering nampak kadang-kadang kita ni rasa malu nak cium ibu bapa kita ni dikhalayak ramai. Sedih. Pilu. Saya juga tidak pernah nampak seorang yang abang yang betul-betul kasihkan adik-adiknya. Adakah nilaian kasihnya hanya pada wang ringgit semata.
Pilihlah ciuman yang terbaik dan berikan senyuman termanis kerana kucupan dan senyuman ni mempunyai penawarnya tersendiri. Berikan seikhlas mungkin tiada yang rugi pun. Salam

No comments:
Post a Comment