Tuesday, April 20, 2010

Diari KEM LAD 2 - hanya Taklimat

Hari ini masuk hari ke-4 pelajar tahun 2 di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, UTM Skudai mengikuti perkhemahan mengikut kursus di jabatan masing-masing ada yang bertebaran di makmal, di studio, di dewan kuliah, 'working on site', dan seperti kami di bilik kuliah sahaja tetapi sehingga hari ini manakala keesokan harinya adalah hari kami untuk melata di bumi Allah ini untuk membuat kajian.

Ditakdirkan pada hari ini saya tidak seberapa sihat maka saya terpaksa skip dari mengikuti 3 taklimat pada sebelah pagi nya dan hanya sempat untuk menghadiri taklimat pada waktu petang oleh Pegawai Tekun Negeri Johor iaitu En. Zuraidi Khalil, sangat workaholic, sangat berdedikasi dengan tugasan, semasa beliau memberikan taklimat tentang TEKUN jelas kelihatan yang beliau begitu komited dengan tugasan yang diberikan.

"Melahirkan Usahawan Cemerlang" inilah hasrat utama TEKUN diiringi matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.

Satu pendedahan yang sangat menarik kepada pelajar dan merupakan satu pendedahan ilmu yang sangat baik untuk saya yang bercita-cita untuk memiliki perniagaan franchise sendiri insyAllah, sesungguhnya satu dalil tercatat dalam Kalam Allah, sebaik-baik pekerjaan adalah perniagaan dan dijalankan dengan bersih dan suci(tiada penipuan dan riba'). Tambahan pula saya dilahirkan dalam keluarga yang terlibat dalam perniagaan maka sudah tentunya, bak kata orang ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan, perniagaan menjadi pilihan pekerjaan saya kelak, andai kata tidak ada rezeki membukan 'firm' sendiri saya boleh membuka perniagaan sendiri, sesungguhnya rezeki itu tidak datang bergolek; rezeki itu bertebaran di bumi ini maka carilah ia dengan usaha dan tawakal;

Sedikit rumusan tentang kursus pada sesi pagi melalui maklumat dan informasi yang saya terima dari rakan sekelas yang menghadiri taklimatnya. Seawal jam 9.00 pagi taklimat pertama adalah berkaitan fotografi bagi beginner yang ingin memulakan pengalaman mengambil gambar seakan profesional maka taklimat ini amatlah penting dan sebagai asas pertama untuk mengetahui sudut-sudut terbaik untuk mengambil gambar. Teringat lak sejarah saya sebagai photografer di KMPk selama beberapa sesi mengambil gambar-gambar ibu bapa dan pelajar yang datang untuk minggu pengurusan pelajar baru di KMPk. Alangkah indahnya dapat mengambil wajah-wajah ceria dan bersemangat melangkah ke alam pra-u.

Taklimat kedua mengenai landskap, bagaimana memilih tanaman yang sesuai untuk buat landskap, cara penjagaan dan pelbagai ilmu lagi.

Taklimat ketiga tentang Green Building Indexes, suatu taklimat yang sangat penting bagi sesiapa yang terlibat dalam perancangan, arkitek dan pelbagai bidang lagi. GBI ini sangat penting kerana ia berkaitan dengan isu penjagaan alam sekitar dan suatu keutamaan dalam menjadi kan pembangunan yang ada ke arah mampan dan lestari.

Sekian untuk penulisan hari ini.

No comments: