Wednesday, December 16, 2009

C.H.O.I.C.E (s)

Pilihan? Apa benda lah sangat yang nak dipilih. Susah sebenar nya kalau nak buat pilihan. Paling senang antara pen hitam dan pen biru yang mana anda kan lebih selesa untuk menggunakan untuk menulis? Kadang-kadang naik serabut kepala kalau dipikirkan tentang kehendak dan pilihan kita.



Dua lebih baik dari tiga~
Nasib baik dijadikan dunia ini hanya lelaki dan perempuan sudah tentu pilihan nya adalah lelaki untuk pempuan tapi ada juga yang nak lelaki untuk lelaki begitu juga perempuan untuk perempuan. Nauzubillah... opps terlebih sudah~ Pilihan itu penting kerana tanpa adanya pilihan itu maka tidak lah disuruh umatnya melakukan istiharakh untuk memohon petunjuk kepada sesorang yang kononya dilema dalam membuat pilihan yang boleh mentidakstabilkan ketetapan hatinya dalam membuat pilihan.

Bayangkan yang anda dari Johor Bahru ambil bas lewat malam dijangka bas sampai waktu Subuh sebalik nya bas sampai 2 jam lebih awal (manusia ke pe yang bawa bas laju sebegitu) jadi memandang kan jam masih awal dalam pukul 4 lebih lagi mata pun agak ciput-ciput je terbuka jadi pilihan terbaik samada tidur di Perhentian Pudu atau sewa hotel bajet. Hotel bajet pilihan anda, namun malang hotel semua penuh yang tinggal RM25 itu pun yang bertugas hotel itu bagi anda bilik dia. Kalau lelaki saya rasa mungkin anda akan membuat pilihan untuk tidur sahaja asalkan selamat dan murah serta ada kemudahan yang sekurang-kurang nya ada. Mungkin perempuan akan lebih berkira-kira dan akan membuat pilihan sekadar berjaga di restoren 24 jam ataw berada di tempat open space di mana faktor keselamatan akan lebuh terjamin.

Pilihan yang amat berat???
Kadang susah untuk kita mengkelaskan pilihan apakah yang berat itu benda yang mudah pun terlebih berat diambil jadi apakah lagi yang lebih berat? Hidup atau mati? Duit atau nyawa? Hati itu lebih penting dari pendapat orang lain. Kalau hati sendiri tidak terima apa yang ditranslate kan oleh mulut baik duduk diam dan berfikir sebelum bertindak.

Diam kan sahaja...lah
Bagus betol tindakan cam ni. Jangan terlalu bijak atau terlalu naif dalam bertindak membuat pilihan. Adalah lebih baik bertanya kan kepada ahli keluarga, diikuti kawan-kawan, sahabat handai, cikgu-cikgu, yang lebih arif lagi bagi memperbanyak kan input dan output terhadap pilihan anda itu. Kerana berdiam diri bukan lah dari golongan yang bijak pandai sebalik nya bodoh sombong tu dik. Terakhir sekali setelah menimbang tara kesemua buah-buah mulut orang baru lah keluar dengan pilihan anda sendiri.

Belajar untuk duduk dahulu baru lah bangun daripada berdiri terus duduk adalah pilihan yang sukar. Salam

No comments: