Assalamualaikum w.b.t
Rasa nya ini la kali pertama sejak saya meng'create' blog ni saya tidak post sebarang update story saya. Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dengan penuh keberkatan dan keredhaan yang paling penting sentiasa istiqamah dalam setiap amalan yang di lakukan insyAllah Ramadhan kali ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Kembali?? Agak stereotaip tajuk post ini namun ia suatu yang bermakna buat saya sepanjang beberapa minggu yang dilalui ini. Seperti berat untuk dikongsikan dengan anda tetapi saya rasa di sini sahajalah tempat untuk saya meluah kata.
Banyak sangat yang berlaku hinggakan dalam hati saya hanya berbisik sesuatu Ramadhan makin menghampirimu dan kini masa di nanti telah pun tiba, tabirkan cinta pada Ramadhan dambakan sepenuh kasih ku kepada Ramadhan agar dititipkan kembali peluang dan harapan yang kian hilang itu.
4 perkara yang memeningkan kepala saya :
1) I'm just droping out my name daripada membuat persembahan bagi Pesta Konvo UTM bebaru ini (i lost my elaun atleast RM500).
2) I lost my lovely best2 sahabat. He's everything to me and nothing much left, i'm just nobody.
3) A lot of stupid things yang saya lakukan everything seems like not in rite place. haha, whats going on to me?
4) perlukah saya berusaha untuk menjadi lebih baik atau sekadar rela begini?
Akhirnya, satu sahaja perkataan yang muncul dibenak hati saya iaitu Kembali. Saya belajar sesuatu lagi iaitu yang penting jangan pernah berhenti mencari jalan terbaik dan jangan berhenti memohon petunjuk kebenaran sang Mu Rabbi.
Moga-moga Ramadhan pada kali ini membuka lembaran baru dalam hidup saya dan kita semua. Setiap insan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan kan dan tak pernah terkejar dengan cabaran nan dugaan. Moga kita tabah menghadapinya.
No comments:
Post a Comment