Susah nya nak post cerita-cerita terbaru kat blog sekarang. Ada yang hantar kat email kata saya dah tak minat blogging lagi. Erm, sebenarnya tak la saya online je 24 hours sehari tapi lebih ber'ym' , facebook dan friendster. Jangan lupa add saya bagi sesiapa yang belum tu.
Sekejap je rasa dah sampai ke hari sepuluh kita berpuasa. Tapi dalam duk kita mengejar ke arah kesempurnaan ibadah ini namun masih ada yang tidak tahu tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam itu. Sedih juga, begini sewaktu saya pulang dari KL ke Johor Bahru baru-baru ini saya decide untuk naik bas je sebab malas nak membazir naik flite (tak elok membazirkan). Dalam perjalanan pulang tu saya memang suka amik seat belakang sebab senang tidur tanpa gangguan. Sampai sahaja Yong Peng saya pun turun ke tandas untuk membuang air kecil selepas pulang sejurus duduk di tempat duduk masuklah seorang warga indonesia ni dengan keadaan tersipu malu membawa bungkusan yang terisi biskut-biskut. Lalu tanpa rasa malu sesama Islam, mamat tu pun makan la dengan kegelojohan nya.
Kemudian, masuk lagi seorang lagi remaja lelaki,berwarganegara Malaysia, Islam, umur lebih kurang 22 ke 23 cam tu umurnya, datang dengan bungkusan juga tetapi saiz nya agak besar. Tapi si polan ni agak pemalu sikit dengan keadaan tertunduk-tunduk si polan ini membuka penutup air tin lalu meneguknya. Astghfirrullah al-azim ku menepuk dahi ku sendirian.
Lalu saya berpaling ke luar tingkap ingat ke berakhir la episod sedemikian malah makin bertambah-tambah pula. Agaknya apa la yang nak jadi dengan umat Islam sekarang ini. Tak mintak banyak lakukan 5 rukun Islam tu dengan sempurna, 5 kali sewaktu dan tanggungjawab itu wajib di jaga dan di laksana sebaik mungkin. Sedih namun apakan daya kita hanya mampu untuk menasihati.
salam Ramadhan.
No comments:
Post a Comment