Tuesday, July 7, 2009
Try, try, try
SERONOK ny.... Akhir nya saat untuk kembali ke universiti telah kembali setelah hampir dua bulan lebih berehat di rumah. Saat sampai di kolej sahaja saya terpandang saat saya mula-mula menjejak kan kaki ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ramai yang bertanyakan pada saya 'kenapa jauh sangat merantau?' haha.... Senang je saya memang suka merantau nasib baik pihak KPT tak bagi saya ke UMS ke UNIMAS. Bukan kerana nak naik flite taw;p
Sambung lagi, seronok tengok adik-adik junior berpakaian penuh hemat (skema) tapi sampai bila kan. Saya pun sekejap je obey the rules more onwards selepas itu asyik kena saman sahaja (siapa suh tak patuh undang-undang kan). Inilah karma kehidupan, sudah menjadi keterbiasaan selagi ada yang membuat nya maka ada yang jadi ikutan nya. Cuba lah untuk menjadi remaja dan belia yang lebih baik tidak salah kan, insyAllah.
Percubaan ketiga ~ Pelik bunyi nya tetapi saya harus memberitahu di semester yang ketiga ini saya harus cuba untuk mendapatkan First Class Pointer lak bukan apa agak rasa kecil diri ini bila melihat ramai kawan-kawan sekelas yang mendapat 4.0o dan setidak-tidak nya ramai yang mendapat 3.60 ke atas. Di semester ketiga ini saya harus memulakan lagi suatu anjakan walaupun tidak terlalu dramatik namun saya terlalu berharap ia akan konsisten dan terbaik buat saya. insyAllah.
COBA KAU COBA ~ semester ketiga ini dengan segala kudrat dan bakat yang di kurniakan ini saya berasa kan untuk cuba mengukuhkan lagi penjenamaan saya samada untuk menghidupkan Variance (my nasyid group since matriculation) di UTM dan saya sendiri. Bunyi macam hebat lak namun saya masih belajar lagi. (tak sabar nak memulakan kelas bermain piano bulan depan).
Segalanya suatu percubaan dan anda juga harus sentiasa mencuba walaupun gagal namun gagal itu suatu pengalaman dan pembelajaran yang percuma untuk titipan ilmu di masa akan datang. Jangan pernah mengalah mula kan hari mu dan hari-hari seterusnya dengan senyuman ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment