Tuesday, June 16, 2009

Predict Unpredictable

Assaalamualaikum w.b.t
Mencapai yang terbaik itu memang sesuatu yang diluar bidang jangka kita. Kita merancang sebaik dan setelus mana sekalipun jikalau kita tidak diisi dengan suatu pengorbanan dan secipis kekalutan di dalam pejalanan rasanaya tidak wajar kita mencapai kejayaan itu. Sirap itu akan lebih sedap jika di letak selasih di dalam nya; sedu-sedan dalam meniti kejayaan itu amatlah sukar dan sepahit hempedu namun sebenarnya ia nya adalah ilmu kehidupan terbaik di dalam kehidupan agar kita tidak mudah lupa untuk terus senang bergoyang kaki dan terus menghembus nafas lega.

Tujuan saya menulis post ini adalah sebagai ingatan ikhlas saya kepada semua agar sentiasa menjadi insan yang tidak mudah terus berasa lega dengan apa yang kita kecapi sebaliknya terus dan terus berusaha untuk mencari makna kehidupan yang tidak henti-henti di uji dengan mehna ujian yang sukar dibayangkan dan dianggarkan.

Untuk apa kita harus bersedih; jika kita sendiri tidak ketahui bila sedih itu akan berakhir. Untuk apa kita harus membawa diri; jika kita sendiri tidak ketahui sejauh mana kita harus berlari membawa diri ini tanpa arah tuju. Jadi seperti semut yang sentiasa bekerja tanpa mengenal erti bimbang akan jatuh; tanpa mengenal erti risau dipijak manusia; tidak perlu takut sesemut lain lari bertempiaran; Sebaliknya terus dan terus bekerja untuk semut-senut lain di dalam koloni mereka. (merepek...merepek)

Hmm... predict unpredictable. Kerana setiap perkara jika kita tidak merencana perjalanan kita terlebih dahulu dan membuat pelindung untuk perkara yang kita tidak tahu buruk baik nya kelak akan menjadikan kita insan yang cepat lemah dan mudah berputus asa sebaliknya jika kita sentiasa menjadi yang sentiasa optimis dalam pekerjaan kita insyAllah sesukar mana pun kita masih mampu menacri jalan penyelesaian nya.

No comments: