Friday, June 5, 2009

Mr. Perfect!!!

Mr. Perfect!!! En. Sempurna!!

Kadang-kadang bila kita bekerja dalam satu kumpulan tidak kira kecil atau besar kelompok nya sudah tentu kita tidak akan lari dari situasi di mana wujud seorang individu yang akan selagi daya untuk buat yang terbaik paling tepat segala nya mesti sempurna. Mungkinkah itu terjadi? Tiada manusia yang sempurna melainkan sang Pencipta yang memiliki kesempurnaan itu. Apakah kita yang dicipta nya mampu untuk melakukan sesuatu itu sesempurna yang di harapkan jua. Kita hanya merancang tetapi Tuhan lah yang telah merencana apa yang sepatut nya berlaku. Perlukah kita mengeluh apabila melihat ada kurangnya kerja kita?? Bersyukur lah.

Saya sendiri mengakui saya juga salah seorang daripada individu yang sentiasa ingin yang terbaik dan bekerja ke arah kesempurnaan tambahan pula saya seorang yang workaholic tiada istilah penat dalam hidup saya melainkan melihat hasil kerjaya saya mendapat kepuasan hati semua orang. Namun harus di akui jua, nak yang terbaik perlukan pengorbanan yang extraordinary that means, 'beyond our expectations'. Segala kemungkinan harus di kenal pasti terlebih dahulu dan mampu bertindak pantas malah good in critical thinking walaupun tidak berapa hebat tetapi setidak nya berkebolehan mengatasi sebarang kemungkinan yang kita tidak pernah dan terfikir akan terjadi.

Kita telah merancang yang terbaik namun setelah ia berlaku ada sahaja yang kurang. Masakan kita mampu berdiam dan duduk berpeluk tubuh atau melenting tak tentu arah. Kenapa ia berlaku? Mungkin pengurusan tidak cekap? Perlaksanaan dalam kelompok bekerja yang tidak telus, efektif, toleransi dan paling penting tanggungjawab yang di amanahkan; Seboleh nya ini yang harus di elakkan. Cuba untuk mencari jalan terbaik bagi mengendalikan setiap perkara itu dengan licin dan bijaksana mana tahu segala yang dirancang akan berjalan dengan sempurna, teliti dan berdasarkan perancangan awal.

Kita juga harus jangan ada sikap acuh tak acuh bila bekerja dan saya sendiri paling tidak suka orang yang lepas tangan dalam bekerja. Bagi saya sikap ini harus di buang malah tidak patut ada apa yang perlu di semai adalah sikap yang sentiasa dedikasi dalam bekerja saya yakin Mr. Perfect tak mustahil akan terhasil.

Harus diingat saya tidak menggalak anda menjadi Mr.Perfect tetapi kita harus berusaha mencapai yang terbaik kalau tidak saya yakin kerja yang dilakukan mesti ala-ala je. Tolong buang sikap itu! Kalau tidak mahu diri anda di label PEMALAS, TIDAK PANDAI BEKERJA, TIDAK KONSISTEN, dan TIDAK MAHIR. Marah kan kalau orang kata kita begitu, itu hakikat nya saya berpesan untuk diri saya sendiri dan juga anda yang membaca blog ini juga yang sering menulis email pada saya untuk bersama-sama berkongsi wadah bicara begini, berhenti merungut dan memberi alasan; itu lah jalan mudah untuk berjaya insyAllah...

No comments: