Asslamualaikum w.b.t
Dah sampai diari ke berapa la agak nya nih. Alhamdulillah banyak juga respons dari bekas pelajar KMPk yang kami terima untuk pergi ke program Sireh ini. Jadi kebanyakan daripada mereka bertanya kan bermacam-macam soalan yang menyebabkan Urusetia Pendaftaran SPKG 5 kami pening kepala termasuk saya ini. Oleh itu saya telah membuat kesimpulan kepada soalan-soalan anda agar urusan pendaftaran kami berjalan lebih lancar dan berkesan.
1) Apakah dress code makan malam Sireh itu nanti?
- Dress Code :
~Makan malam : Formal/Smart casual
~Sukaneka : Pakaian sukan
~LDK/Open talks/Alumni bersama JPP : Smart casual
- Tema : Transformasi Fantasia
2) Pakaian apa yang patut di pakai sepanjang program berlangsung? Boleh ke Jeans?
- Pakaian mestilah bersopan bagi lelaki dan perempuan juga harus menutup aurat
- Elakkan Jeans (sian depa tak de suar nak pakai habis kome pakat suar depa)
- Bawa seluar track juga untuk pakaian beriadah
3) Boleh ke nak bawa pelajar bukan KMPk? Dah takde ke pelajar KMPk nak join?
- Boleh dengan bayaran RM 20 seorang.
- Kami membenarkan pelajar bukan KMPk turut serta adalah untuk menunjukkan
keterbukaan kami alumni untuk mempromosi KMPk pada semua cewahh~
- Bukan tak de tapi ramai tidak mengetahui nya jadi apalagi ini lah cara terbaik untuk anda
promosi pada mereka.
4) Di mana kami hendak tidur?
- nak balik rumah pun boleh hehe
- pihak kami insyAllah akan menyediakan rumah fellow dan bilik pelajar tapi....
tempat yang disediakan terhad..( First come, First serve )
5) Apakah aktiviti-aktivti yang boleh kami lakukan nanti?
- Kami telah pun merancang pelbagai aktiviti menarik untuk anda cuma bergantung pada anda
untuk terlibat atau tidak.
- Di sini saya ada memberi antara program menarik untuk alumni yang datang bermula
Jumaat hingga Ahad.
- JUMAAT (19/06/09) : ~ bacaan Yassin dan solat Hajat di Masjid Al-Maghfirah
SABTU (20/06/09) : ~ LDK dan open talks ( kemungkinan besar LDK berbentuk Explore
Race)
~ Ewah-Ewah (games show) melibatkan pensyarah KMPk, staff
KMPk, pelajar semasa
~ MALAM LESTARI KASEH (dinner)
AHAD (21/06/09) : ~ alumni bersama JPP
6) Macam mana kami nak masuk ke KMPk dari Medan Gopeng tu?
- Pihak kami akan menyediakan bas di Medan Gopeng pada hari Jumaat itu
( 1st trip : 3 ptg , 2nd trip : 5 ptg)
7) Grand ke malam Sireh itu (MALAM LESTARI KASEH) ?
- InsyAllah kami akan cuba yang terbaik "Transformasi Sireh 5...bermula)
8) Ramai tak yang datang?
- Kalau anda tidak turut sama berusaha mengajak rakan anda memeriahkan program alumni
ini maka kuranglah ia.
- Kerjasama anda amatlah dihargai
9) Apalagi yang menarik tentang Sireh ini?
- datang dan rasai sendiri
- Alhamdulillah, belum pernah ada lagi alumni kita yang datang sekali tapi tak datang balik
selepas itu. (siap berminat nak jadi gerak kerja juga pun ada...)
10) Saya ini berminat apa yang patut saya lakukan sahaja?
- Berikan nama penuh anda, ic. no, no.telefon, jurusan dan universiti anda kepada Urusetia
Pendaftaran SPKG 5 Sharaffuddin (017-3842350), Aisyah (019-3702942).
Harap-harap anda tidak perlu bertanyakan soalan yang sama lagi pada pendaftar kami (cian kredit diorang) ada pape email kan terus kepada fanaz_nasz@yahoo.com.my ATAU comment kan pada fs saya okay ATAU komen kat post ni sahaja.Terima Kasih..
2 comments:
oh0~
sireh ek?
kal0 dah daftar bleh pegi je kan?
yup.. kalo tak dftr t tempat penuh..
Post a Comment