Friday, May 22, 2009

PERAGUT vs PEROMPAK

Assalamualaikum w.b.t
Adehhh... muak juga saya bila membeli surat khabar, tengok berita dekat televisyen dan mendengar radio balik-balik kes ragut dan kes rompak. SEKADAR rompak dan ragut tidak la kisah sangat masalah nya sampai bermainkan NYAWA ini suatu yang boleh dikategorikan keterlaluan. Kalau takut rahsia tindakan melampau anda tu diketahui baik jangan melakukan kegiatan tersebut. Paling ketara kes ini berlaku akibat daripada kejatuhan ekonomi global yang secara tidak langsung Malaysia sebagai sebuah negara yang baru dan sedang nak membangun ini sudah tentu merasa serpihannya. Namun wajarkah menjadikan alasan untuk merompak dan meragut sebagai agenda sampingan yang menjadi laluan mudah untuk mencari duit.

Virus terbaru ini adalah yang paling berbahaya dari H1N1 (selsema babi) yang menjadi igauan paling ngeri seluruh dunia yang secara tidak langsung virus ini boleh menjatuhkan ekonomi sesebuah negara. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan virus rompak dan ragut ini saya dapat kategorikan sebagai yang PALING berbahaya dari banyak-banyak virus. Ini jelas buatan manusia yang tidak berakal dan tidak bertamadun melakukan kegiatan mengambil hak orang secara paksa dan tidak merelakan malah sanggup melakukan pembunuhan. Wajarkah manusia sebegini di biar hidup??? Apatah setakat ini didada akhbar menyiarkan kematian seorang ibu, bersama anak dan pembantu rumah akibat rumah di rompak tidakkah ada pihak yang boleh menterbeliakan biji mata mereka untuk mengkaji dan mempertimbangkan hukuman sewajarnya kepada manusia yang memperjudikan nyawa manusia yang tidak berdosa ini!!! Siapakah lagi yang seterusnya? ANDA?

Undang-undang tetap undang-undang paling harus jangan lah atas sikap pilih kasih, salah tetap salah andai kata harus dihukum sehingga mati tidak kira betapa pentingnya seseorang itu hukuman tetap hukuman! Moga roh mereka yang pergi akibat manusia tidak bermoral ini di rahmati Allah s.w.t dan pada semua orang termasuk diri saya sendiri berhati-hati lah sentiasa dan waspada pada tiap yang berlaku disekeliling kita.

No comments: