Syukur Alhamdullilah akhirnya segala pengurusan bagi kemasukan pelajar baru ke bagi sesi 2009/2010 di Matrikulasi Perak berjalan dengan amat lancar. Saya bersykur sesangat walaupun hanya lebih kurang 2000 pelajar sahaja namun jumlah itu juga menunujukan ramai ibubapa yang masih percaya dan menaruh harapan yang tinggi kepada Kementerian Pelajaran Tinggi untk memastikan anak-anak mereka berada di landasan yang terbaik kelak. Sungguhpun pelbagai spekulasi yang mengatakan matrikulasi bakal ditutup namun terbukti ia masih mendapat sokongan namun sokongan dari bekas pelajar amatlah penting bagi mempromosikan matrikulasi di kalangan adik-adik yang tamat peringkar menengah.
Sukar dibayangkan sepanjang sessi MPPB 09/10 ini terlalu banyak kenangan manis sehingga sukar untuk dibayangkan berbanding sessi-sessi yang lalu. Walaupun penat dengan kehadiran beberapa kawan-kawan sekelas saya menjadikan MPPB kali ini sungguh bermakna dan menjadikan perpisahan kami setelah seminggu di sana cukup sukar untuk di lepaskan. Malah dengan kehadiran abang-abang dan akak-akak alumni cukup menambahkan lagi kegamatan suasana.
Kali ini menunjukan banyak perubahan dari segi pengurusan pelajar dan posisi fasilitator. Terlalu banyak perubahan yang agak drastik tetapi masih disambut baik oleh Pengarah KMPk En Ismail b Kalam. Terima Kasih bebanyak di atas kepercayaan itu.
Rugi kepada alumni- alumni lain yang tidak berkesempatan lagi ke MPPB namun anda masih ada peluang lagi untuk berbuat demikian di Minggu Pengurusan Pelajar Baru PDT untuik batch ke-4 ini pula.
Kepada sesiapa yang ingin melihat apa yang berlaku sepanjang seminggu di KMPk boleh lah melayari ke youtube.com dan taip KMPk. Jumpa lagi di MPPB PDT 09/11.
No comments:
Post a Comment