Ramai yang bertanya kan pada saya apa itu sireh? Sierh tu ala...daun sireh la tak kan tak tahu kan hehe. Baiklah sekrang saya pula nak bertanya, anda tahu akan kewujudan Alumni KMPk? Apakah aktiviti dan program-program yang mereka telah, sedang dan akan jalankan??
Kata rindu dan sayang pada KMPk tapi......
Baiklah secara ringkas nya Sireh tu adalah program SIreh Pulang ke Gagang yang diadakan setiap tahun sewaktu tamat program kemasukan pelajar baru Program Dua Tahun bagi menjejak dan merapatkan kembali ukhwah bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perak bermula dari batch pertama (02/03) sehingga batch ke 7 (08/09) . Misi dan objektif kami adalah untuk bersama berkumpul sambil berkongsi pengalaman lepas dan semasa bersama sahabat-sahabat yang dulu pernah belajar bersama di KMPk dan juga pelajar semasa. Pelbagai aturcara dan program di aturkan setiap kali program Sireh ini dianjurkan seperti makan malam, sukaneka bersama pensyarah-pelajar- staff, alumni bersama JPP dan sesi bersama junior (pelajar semasa). Menarik tak???
Dah jelas akan Sireh? Masih belum apa kata jom kita mendaftar kan diri untuk program alumni kali ini Sireh Pulang ke Gagang 5. Maklumat adalah seperti berikut:
Urusetia pendaftaran program SPKG 5
Mohammad Sharafuddin - 0173842350
Siti Aisyah - 0193702942
Yuran Pendaftaran - RM 15
Sila berikan maklumat anda dengan jelas kepada urusetia pendaftaran berikut termasuklah nama penuh, no.telefon, universiti anda belajar sekarang, jurusan.
*sesiapa yang telah mengikuti program sireh yang lepas anda masih perlu membayar yuran pendaftaran tahunan tersebut.
Sekian..
No comments:
Post a Comment