Assalamualaikum w.b.t
Hari ini saya mengerakkan jari-jemari saya ini untuk memberitahu akan apa yang berlaku kepada saya petang tadi. Nyaris-nyaris saya kehilangan motorsikal Yamaha SRV (merah) kesayangan saya itu kerana itu lah hadiah yang paling kedua termahal yang abah saya belikan semasa beberapa hari sebelum SPM saya bermula pada tahun 2005.
Saya pun tidak berapa pasti macam mana boleh hilang kuncinya tetapi apa yang dapat saya jangka kunci itu hilang sewaktu saya terjumpa kawan lama saya di auto-teller CIMB fakulti saya iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi. Mungkin terlalu asyik bersembang sampai lupa kunci di tangan atau pun terjatuh dari poket seluar. Kemudian saya terus ke Perpustakaan Sultanah Zakariah (PSZ) dan sewaktu nak balik baru saya menyedari kunci motor telah hilang ;(
Alhamdulillah, dalam duk pening lepas ulang-kaji Law of Contract saya tetap tenang mencari kunci termasuk di Masjid Sultan Ismail (MSI) sebabnya saya ke sana juga untuk bersembahyang Asar. Cari-cari dan cari tidak jumpa-jumpa. Akhirnya hati tergerak untuk cucuk duit kat ATM kat fakulti kemudian saya ternampak memo kunci saya di berikan kepada Pondok Pengawal. Lantas saya pun terus lah pergi mengambil kunci tersebut.
Terima Kasih kepada saudara yang memulangkan kunci tersebut. Moga dimurahkan rezeki anda. Hanya itu yang termampu di ucap dan saya amat bersyukur dapat menemui nya kembali.
No comments:
Post a Comment