Pada kali ini saya bukan menge'post' blog ni untuk berkata-kata motivasi tetapi ingin berkongsi pengalaman baru dengan anda semua. Jumaat yang baru sahaja berlalu semalam merupakan hari yang pertama yang terindah bagi minggu ini hehe. Bukan apa kalau nak diikutkan petang Jumaat itu yakni selepas sembahyang Jumaat cadangnya saya nak pergi ke pejabat developer untuk meminta brochure projek perumahan mereka untuk menyudahkan assignment bagi subjek Building Technology sebaliknya hasrat itu dihalang dengan ajakan ayam kawan saya, Shuq untuk pergi bersantai di air terjun.

Air Terjun Gunong Pulai. Kalau nak tahu air terjun ini terletak di daerah Pontian (kalau tak silap) boleh mengunakan Lebuh raya Skudai-Pontian untuk ke sini.
Apa yang menariknya bukan saya nak menceritakan tentang keseronokan air terjun tersebut tetapi keindahan dan ketenangan masuk ke kampung-kampung sebelum sampai ke Air Terjun Gunong Pulai tersebut. Saya tabik spring pada kebersihan kampung mereka. Sampaikan saya tidak sampai hati nak buang plastik air tebu yang saya beli kat tepi jalan hehe. Bukan sahaja bersih tetapi melihat dengan melihat rekabentuk rumah mereka membuat kan saya rasa seronok dan berpuas sepanjang perjalanan ke sana menggunakan motorsikal saya.
Bila dah sampai kat Air Terjun apalagi terjun la kan hehe.... Best dan puas dapat bersantai dengan kawan saya. Cuma kami berdua sahaja sebab yang lain-lain masih lagi sibuk dengan assignment;( jumpa lagi
1 comment:
ooo..selama nih hg laa pbuang sampah keh0rmat??
apa lar buang sampah merata..
tu lah..tabiat 0rg malaysia..
huhuhhu
jagalah kebersihan..
Post a Comment