Sunday, March 29, 2009

Beriku peluang kedua...

Agak lama saya tidak berkongsi sesuatu kepada anda di blog ni. Rasa kekurangan lak. Terima kasih kepada yang memberi email kerana meningatkan saya untuk berkongsi pengalaman dan idea bersama-sama.

Sering kali kita diberi peluang untuk memperbetulkan segala kesilapan kita, memperbaiki dari yang kurang ke lebih baik, atau apa sahaja asalkan kita menggunakan peluang kedua untuk mencapai sesuatu. Namun sedarkah kita peluang kedua hanya menunjukan kita seorang yang terlalu memandang rendah atau tidak menghargai peluang pertama yang telah diberikan kepada kita.

'Ah, biasa la tu, hidup kena la enjoy...', 'biar la aku panaskan enjin dulu, baru nak masuk gear satu ni nanti baru aku speed ke gear lima', ' berilah aku peluang KEDUA untuk memperbaiki kesilapan aku...' inilah di antara yang sering kita dengari. Biasalah tu kita manusia kan tetapi sampai bila kita nak jadi manusia sebegini. Manusia yang tiada misi, tiada usaha untuk istiqamah dalam pekerjaan jua urusan dan manusia yang cetek ilmunya! Saya rasa tidak salah saya berkata sedemikian.

Saya teringat kata-kata pujangga "terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata, perbuatan tidak boleh di undur". Mungkin ia tidak berapa tepat untuk dibandingkan dengan artikel ini tetapi apa yang ingin saya kongsikan pada ruangan kali ini menunjukan betapa tinggi nya nilaiannya. Semestinya kita tidak boleh mengundurkan masa atau mengulang perbuatan sebab itu la saya telah memberitahu bahawa peluang pertama adalah sangat penting!

Andai kata jika anda berjaya mengulang sejarah sekalipun untuk peluang kedua saya percaya bin yakin anda pasti tidak akan dapat merasai perasaan di saat mula-mula anda berusaha malah saya yakin ia tidak akan memberi anda kepuasan seratus peratus. Itu jika berjaya tetapi kalau masih begitu juga.... ataupun baru beberapa langkah di peluang kedua dah putus asa. Haaa.. kenapa begini jadi nya pula??

Banyak faktor harus dinilai peluang kedua bagaimana harus anda ambil keputusan untuk melakukan nya. Putus cinta, perkahwinan pertama gagal, repeat exam, tutup buka lama buka buku baru, kesalahan pertamaku; Banyak sudut dan pandangan yang harus diteliti. Kali kedua sebenarnya terlalu sukar untuk kita membuat keputusan kerana belum tentu ia mudah untuk anda hadapinya lagi, andai anda gagal, bagaimana harus anda hadapi hari-hari seterusnya; andai anda berjaya pula adakah langkah nya seperti yang diharapkan jikalau anda berjaya pada peluang pertama. Manusia memang patut diberi peluang kedua tetapi ia bukan semudah yang dikatakan. Kali pertama sudah cukup susah masakan harus ke peluang kedua.

Ini satu lagi sudut renungan kita. Perkahwinan pertama memang meriah dengan persiapan yang serba indah, mewah-mewah belaka ialah 'sekali seumur hidup bukan 2,3,4 kali kan' tetapi bila kecundang di tengah jalan, okay... cari yang kedua hahaha adakah perkahwinan kedua sehebat dulu?? Selepas kahwin anda ingat anda bahagia; acapkali nya anda tidak terlepas dari kata-kata orang, gosip la... Kita sendiri boleh melihat contoh-contoh artis kita yang kahwin kali kedua alih-alih perkara pertama menghantui rumah tangga mereka. Kita memang tidak pernah puas dan bersyukur dengan yang pertama. Jangan kata yang pertama adalah tidak sesuai sebenarnya anda terlalu memilih dan terlalu mengejar yang terbaik sedangkan anda sendiri tidak reti ukur baju sendiri.


Jomlah kita bawa-bawakan diri kita untuk renung-renung sejenak. Bila lagi kita nak menjadi seseorang yang bijak dalam membuat penilaian jua keputusan. Jangan terlalu bergantung harap pada peluang kedua. Kalau nak berjaya dengan standart yang sebetulnya FIRST is the BEST. Buatkan nya menjadi yang terbaik, begemerlapan dengan kejayaan yang pertama. Sampai sini sahaja ingat peluang hanya datang sekali yang kedua bukan jawapan untuk yang pertama... Jika tiada jua pilih lah ynag kedua tetapi buatlah sehabis mungkin bukan berundur ditengah jalan. Salam.

No comments: