
serambi
Kenapa serambi??
Anda tahu tak apakah itu serambi?
Tengok sahaja gambar rajah di atas maka itulah serambi yang saya maksud kan. Hari ini adalah perjumpaan ketiga bagi modul kedua iaitu tajuk post di atas untuk kelas Teater saya. Memang pelik modul tersebut namun ia lebih jelas melalui teori nya iaitu ke arah mencapai teater Sakinah yang telah saya kongsikan tempoh hari.
Senang sahaja apa yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Secara praktikal nya serambi ini digunakan untuk bersantai dan tempat mula-mula sekali kalau tetamu datang ke rumah (kebiasaaannya serambi sebegini di jumpai dirumah-rumah melayu lama) . Namun, dari segi teori nya ia berbalik kepada kita sebagai manusia sebagaimana kita mula melakukan sesuatu perkara sebaiknya biarlah ikhlas merangkumi niat yang baik.
Tentu kita semua pernah melalui satu perkara ini iaitu organisasi sekolah meminta sumbangan jasa baik kita tidak kira ibu bapa, individu, badan-badan tertentu dan korporat. Tetapi jumlah nya terlalu cukup malahan majoriti ibu bapa kita mesti akan mem'bazir'kan duit mereka dari RM1-RM5 saya rasa jumlah paling tinggi itu pun sudah menyebabkan mereka merungut. Saya ada satu cerita daripada seorang kawan yang mengatakan suatu sekolah cina ingin membesarkan sekolah mereka. Apa yang mereka lakukan mereka jumpa ibu bapa kepada anak-anak cina ini yang sudah berjaya seperti doktor, peguam, ahli-ahli perniagaan dan lain-lain. Semesti nya ada yang meneka mereka yang berjumpa ini akan bercakap secara baik kan. Namun kenyataan nya mudah. ' U sudah jadi doctor itu lawyer tapi U bagi donation cume RM50, U dulu pun sekolah sini juga sekarang anak U pun sekolah sini juga...U punya gaji pun RM5000 onwards, U bagi RM1000 pun susah ka?' tupp tupp Cina tadi pun bagi RM1000 begitu juga dengan yang lain-lain. Kalau nak tahu sekolah cina tu bukan sahaja dapat tambah kepada 2 blok malah boleh buat gelanggang bola keranjang dan foyer untuk kebajikan anak-anak mereka. Kalau orang melayu kita lak senario lain yang berlaku even dah di buat program kebajikan pun masih dapat kumpul dana yang sedikit. Di mana kebajikan kita? siapa nak tolong siapa sekarang?
Teater Sakinah ini banyak membuka mata saya dalam mematangkan diri saya ini. Saya harap anda pun sama juga. Jadi insyAllah saya akan cuba kongsikan kepada anda segala yang saya belajar di sana dan di praktikkan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment