Saturday, December 6, 2008

muhasabahlah diri anda

terlalu banyak yang nak kita capai dan gapai, setiap hari kita berlari dan terus berlari mengejar segala peluang dan ruang yang ada tanpa pernah mengenal erti kalah. Namun kita sebagai manusia sering lupa tatkala perjalanan kita itu tadi tetiba terhenti dek sesuatu yang tidak di jangka akan datang menerpa kita seperti sakit, kehilangan, kesusahan atau apa yang berkaitan.
Sesungguhnya kita sebagai manusia tidak dijadikan dengan sendirinya kerana adanya tuhan yang mengawal atur segala-galanya termasuk lah kehidupan kita ini. Ambil lah peluang untuk berhenti seketika sebelum berjalan memuncak cemerlang atau jatuh tersungkur, peluang yang ada itu digunakan untuk muhasabah diri ini kerana kurangnya muhasabah diri ini menyebabkan seseorang manusia itu lupa akan asal kejadian diri mereka malah ada yang lupa pada Pencipta. Tiada kejayaan yang datang bergolek terus masuk ke dalam pelukan kita sebaliknya semua nya adalah datang daripadaNya. Syukurlah...

No comments: