Wednesday, November 19, 2008

perkhemahan LADS 08/09

Assalamualikum w.b.t
alhamdulillah selepas tamat peperiksaan terakhir pada Sabtu yang lalu pada malam nya pula semua pelajar tahun satu bagi Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah telah diberi tugasan baru untuk terlibat dalam satu aktiviti perkhemahan bagi mendapatkan pendedahan awal tentang program kami ini. Perjalanan bermula pukul 10 malam dari arked Angkasa, Kolej 11, UTM dan kami tiba Dusun Eco Resort Bentong Pahang tepat jam 9.00 pagi seperti dalam tentatif asal.

Bermacam-macam aktviti yang menarik telah dirancang untuk kami samada berbentuk fizikaln dan mental. Tapi aktiviti yang paling bermakna bagi saya mungkin rakan-rakan yang lain juga adalah sesi pertemuan dengan bekas-bekas senior yang sama-sama berjuang dalam program seperti kami ni sewaktu dulu dan kini mereka datang semata-mata untuk berjumpa kami dan ingin berkongsi pengalaman mereka since mereka belajar hingga lah bekerja. Nak diikut kan hampir kesemua senior berada di lane yang betul mengikut kursus yang di ambil sewaktu di universiti namun setakat yang datang pada hari pertemuan hari tu kebanyakan dari nya ada yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Setiausaha Kerajaan Negeri kalau tak silap gred mereka adalah 44 atau 48 leh tahan juga gaji mereka hehe.
Ada juga senior kami yang keluar sebagai developer yang memegang gaji RM10k ke atas... (doakan saya seperti mereka ni).
Pada hari terakhir kami di bawa melawat kawasan peliharaan gajah (best sangat dapat main-main dengan gajah, riding diowg, feed them gak), seterusnya kami pergi melawat DEERLAND memang sangat seronok banyak sangat haiwan yang comel seperti rusa, kancil, beruang, tikus terbang special from Australia, of course ular, ostrich dan banyak lagi kami bukan sahaja dapat tengok tapi dapat memeluk, cium, bagi makan dan macam-macam lagi (tak de tempat lagi didunia yang membenarkan anda memegang haiwan-haiwan macam ni) dan kami juga dapat pergi ke perkampungan orang Asli Cek Wong (kat sini kami dapat belajar menyumpit, pengenalan tentang mereka dan tarian mereka). Kalau diikut kan semua aktiviti lawatan ini memang sebahagian daripada tugasan kami sebagai Pentadbir Tanah kelak kerana sebagai pentadbir kami harus mengekalkan kehijaun dan keseimbangan alam oleh itu kami tidak lah harus sewenang-wenang nya meluluskan sesuatu projek pembangunan tanah tanpa mengambil kira faktor-faktor keseimbangan alam ni.
Pukul 11.30 malam kami tiba di Kolej 11 dan berkemas diri sebelum rehatkan diri sepenuhnya...

No comments: