Thursday, September 11, 2008

terima kasih semua...

assalamualikum w.b.t

apa khabar semua pembaca blog saya yang setia...? hehe saya berterima kasih sangat setakat hari ini segala usaha saya untuk blog ni berhasil dan mendapat tempat di hati anda walaupun saya bukan lah sesiapa yang mudah untuk anda jumpai kat televisyen, radio atau majalah sekalipun apatah jika anda menaip nama saya kat ejen pencarian web browser pun belum tentu mudah untuk anda mengetahui siapa saya...erm, saya amat berterima kasih sesangat di atas kesetiaan anda semua.
Bagaimanakah puasa anda semua alhamdulillah sudah sebelas hari kita semua umat Islam berpuasa, hmmm apa khabar iman anda..? hehe yang kurang-kurang tu di tambah kan atau yang terasa lebih tu memaksimum kan selagi kita semua terdaya dan dikurniakan kudrat oleh Allah s.w.t sesungguhnya Dia yang Satu.
Rata-rata orang zaman sekarng mengatakan bulan Ramadhan ni bulan untuk berjimat terutama nya dikalangan pelajar-pelajar namun begitu setelah dinilai kembali rasenya tiada istilah berjimat lagi setelah dapat membeli di bazar sedar tak sedar berlebih-lebih over budget lak membeli juadah berbuka. Dah tu selepas berbuka tak habis lak cadang nya nak habis kan baki tadi time sahur rupanya jadi rubbish breakfast lak hehe.. elak-elakkan sesungguhnya membazir tu amalan syaitan kalau terlebih tu sesudikan bersedekah untuk yang lebuh memerlukan...
so apalagi rerenungkan... salam Ramadhan

No comments: