Tuesday, September 23, 2008

malam tujuh likur


pelita raya


indah kan

hampir beberapa hari lagi nak raya dan kita juga bakal melalui malam tujuh likur. apa itu ek? erm, biasa nya orang-orang kat kampung akan memasang lampu pelita kat keliling rumah. Saya ingat dulu bila balik kampung je tak sah kalau tidak prepare minyak tanah sebab stok dekat kampung dah habis kalau ada pun tentu mahal. Pelita itu pun bukan nya sebatang dua ada sekali tu seingat saya hampir tiga puluh batang memang keliling rumah sampai ke batas jalan pelita tu di pasang. Seawal tujuh petang beberapa minit lagi nak buka puasa cepat-cepat saya dengan atuk saya berkejar pasang pelita tu kalau leh semua pelita terpasang bila orang kampung habis je terawih konon nya meriah sambut raya. Tapi sekarang ni dah moden semua guna lampu elektrik jimat, mudah dan praktikal la kata kan paling penting murah tidak perlu bersusah nak beli minyak tanah juga hehe.. Saya suka balik kampung pada malam raya kerana pada malam-malam raya ni sepanjang jalan sementara nak sampai kampung saya kat matang gerdu, bagan serai, perak perjalanan saya sangat meriah kerana seronok melihat orang-orang kampung memasang lampu tak kisah la pelita raya ke lampu letrik ke yang paling seronok nya melihat gelagat mereka mendekorat lampu-lampu tu ada yang sampai satu rumah di hias dengan lampu ada tu sekadar pasang lampu elektrik je ada lagi tu tak cukup pelita dan lampu elektrik keliling rumah sampai pokok bunga pun di letak kan pelita begitu meriah nya sambutan raya... Berlainan lak dekat kawasan bandar macam tempat saya dekat Kuala Lumpur nak pasang lampu pelita pun sekadar dekat pagar sahaja itu bagi mereka yang tinggal di rumah bawah seperti rumah teres cuba mereka yang tinggal di rumah tinggi seperti flat ke pangsa puri memang tergelak guna lampu elektrik gak masakan tidak tergelak bayang kan satu aras semua lot rumah memasang lampu elektrik di balkoni dan tingkap mereka hehe...

No comments: