Saturday, September 6, 2008

album Suhaimi - Kalamak 'kata-kata mu'


Terima kasih kerana sambutan anda kepada album pertama Kias Cinta. Kini saya dengan album KalaamaK, dendangan lirik puitis tentang kasih abadi dan kehidupan alami. Ibu tercinta telah sekian lama pulang ke rahmatullah, namun bisikan nasihat daripada ibu masih terngiang di benak fikiran - "Permata pasti akan terlihat kilauannya meskipun berada di celahan kaca" - aku merealisasikan kata hikmah ibu. Kini ku melangkah ke alam berkeluarga. Syukur ke hadhrat Illahi kerana dikurniakan seorang isteri yang baik serta anak sulung, yang menemaniku menyusuri kehidupan menjadi lebih bermakna.

Sambutan anda kepada album pertama saya Kias Cinta, saya amat hargai, tanpa anda tentu tidak bermakna apa-apa sumbangan kecil nukilan rasa yang saya dendangkan dalam bentuk bait-bait lagu nasyid.

Album kedua ini, sebagai rentetan selanjutnya penglibatan saya secara solo, namun saya tidak dapat lupakan limpahan kurnia bantuan daripada rakan-rakan yang telah menghasilkan album solo pertama, dan kini saya bersama mediatech resources sdn bhd, sebuah syarikat tempatan yang sudi membantu saya menerbitkan album kedua ini.

sumber daripada www.suhaimi.com.my sebarang pesanan album dapatkan yang original di laman ini. Teruskan menyokong industri nasyid Malaysia

No comments: