Friday, September 5, 2008

Dia SAHABAT SEJATI anda?

Pernah anda terasa hidup ini seperti tidak memberikan apa-apa pada anda?
Kadang-kadang anda rasa seolah-olah anda sahaja yang tinggal di atas dunia ini. Tahukah anda kehadiran seseorang sebagai sahabat adalah amat memberi kesan yang mendalam pada individu tersebut? Pada saat itu, jika dunia ini kehilangan warnanya sekalipun anda tidak akan kisah asalkan sahabat kesayangan anda sentiasa bersama anda bersedia mewarnai saat-saat manis bersama.
‘Best friends selamanya’ memang ini diharapkan oleh semua yang bersahabat namun harus diingat madu dan racun persahabatan kerana ia akan menjadi aral yang melintang liku-liku persahabatan anda. Kalau anda ingin persahabatan yang kekal abadi, anda dan sahabat harus bijak menangani segala konflik wajib tanamkan erti kasih-sayang dalam diri masing-masing dan sudah tentu hari-hari yang ceria sentiasa mengiringi persahabatan anda bersama. Kenali 10 petunjuk bahawa si dia adalah sahabat sejati anda?

1. Sahabat tida kisah jika anda membeli baju yang sama dengan baju miliknya atau
anda membeli dua helai baju yang sama satu untuk anda dan sahabat. Biarpun anda
berdua memakai baju tersebut pada hari yang sama, sahabat tidak kisah sebaliknya
sahabat memberikan senyuman bila bersama anda.
2. Sahabat bergegas menemui anda dari Perak ke Johor setelah dia mengetahui bahawa
anda sedang menghadapi sesuatu perkara yang menduka-citakan. Dari air muka
sahabat,jelas tergambar bertapa sedih dan risau. Sahabat begini memang
benar-benar ikhlas dan sayang pada anda.
3. Sahabat tidak kisah meminjamkan baju yang dia amat sayangi kepada anda.
4. Jika anda menelefon atau mengejutkan si sahabat yang sedang tidur dan bercerita
mengenai pergaduhan anda dengan kekasih, biarpun matanya sedang berair menahan
ngantuk tetapi dia masih sanggup melayan anda.
5. Jika anda masih ‘single’, si sahabat akan segera menghubungi kesemua kawan atau
adik-adik angkat yang masih solo untuk dipertemukan dengan anda. Si sahabat
ternyata tidak rela melihat anda bersedih atau bersendirian.
6. Ketika anda jatuh sakit, sahabat tetap meluangkan masanya untuk menjaga anda
walaupun pada ketika itu dia sedang sibuk dengan pelbagai tugasan atau ke kuliah.
Malahan sanggup berjaga demi anda dan menyuap anda untuk memberi makan. Ada
sahaja yang dilakukan untuk anda hinggakan sakit anda juga turut dikongsi bersama
sahabat.
7. Anda berdua saling bermalam di rumah kedua-dua pihak secara berselang-seli.
Apabila ada peluang, anda berdua akan menggunakanya untuk bergosip dan berkongsi
cerita sepanjang malam.
8. Anda berhasrat untuk mengenakan padanan tali leher dari warna yang garang dengan
kemeja yang terang tetapi ternyata tidak sesuai dengan anda. Sahabat tidak
tertawakan anda sebaliknya sahabat terus mengkritik penampilan anda untuk
mengelakkan anda daripada menjadi bahan usikan teman-teman yang lain.
9. Anda tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup pada bulan itu maka anda pun
bercadang untuk menjimatkan perbelanjaan dengan makan sehari sekali selebihnya
makan makanan segera. Si sahabat menyedarinya lalu mengajak anda setiap kali ke
kafe untuk dibelanja sesekali berkongsi makan bersama untuk mengelakkan dari anda
tahu kebaikan si sahabat.
10.Sudah banyak kali anda melakukan kesalahan yang sama terhadap sahabat dengan
mengambil makan coklat Cadbury kesayangannya tanpa memberitahu sahabat terlebih
dahulu, namun dia hanya mengomel manja dan sanggup melayan kerenah anda.

No comments: