Saturday, August 16, 2008

RM 1 JUTA ???

bukan untuk saya lah tapi untuk pemain no.2 dunia dalam arena badminton ni. Saya rasa berbangga sebai dan mewakili rakyat Malaysia kerana mempunyai pemain semangat kental dan tak pernah menyerah kalah ni. Beliau yang bakal beraksi untuk perlawanan terakhir nanti akan berusaha keras bagi mendapatkan satu pingat setidak-tidak nya kepada negara yang setakat ni masih menanti-nanti kan pingat di temasya Olimpik Beijing 2008. Adakah emas atau perak atau gangsa tapi apa yang menariknya rm sejuta bg emas adalah insentif bagi Lee Chong Wei jika emas jatuh ke tangan anak didik Misbun Sidek ni. bak kata orang Lee bakal bergelar one million dollar man hehe
"Saya tahu rakan-rakan sepasukan mengharapkan saya menang dan pada waktu yang sama, saya juga sedar tentang harapan tinggi rakyat Malaysia di tanah air" katanya (Lee Chong Wei) sumber dari bernama. Tambahan lagi kita di bulan kemerdekaan ni kan semangat patriotik sebagai rakyat Malaysia harus di tonjolkan pada setiap orang.
Semangat yang cuba tonjolkan Lee Chong Wei,26 harus lah menjadi contoh kepada kita para belia muda yang bakal mencorak wajah Malaysia kelak mungkin kurang daripada 10 tahun ni.
Jangan mudah menyerah kalah berusahalah bermati-matian dalam apa jua bidang yang kita terokai. Setiap usaha kita pasti ada ganjarannya mungkin tak banyak tapi nilaian nya cukup bermakna buat kita.
Marilah kita semua sebagai rakyat berbilang kaum di Malaysia menyokong dan berdoa untuk kemenangan anak bangsa kita berjuang di pentas dunia bagi menobatkan beliau sebagai johan sukan badminton Olimpik Beijing 2008 dalam beberapa jam lagi...

No comments: