
SINOPSIS :
Filem adaptasi dari novel terkenal karya Habiburrahman El Shirazy ini mengisahkan tentang bagaimana seseorang individu itu menghadapi turun-naiknya persoalan hidup sebagai seorang Islam.
Fahri bin Abdillah (Fedi Nuril) adalah seorang mahasiswa S-2 di universiti Al-Azhar, Cairo, Mesir. Selama ini perempuan yang rapat dengannya hanya ibu dan neneknya sahaja. Fahri memang pernah menaruh hati pada gadis di sekolahnya dahulu, namun apalah erti cinta monyet.
Menikah? Fahri, juga seperti lelaki lain mempunyai keinginan untuk menikah dengan gadis solehah agar dapat menyempurnakan sebahagian lagi agamanya. Namun, untuk mencari bidadari itu Fahri masih belum mempunyai kesempatan. Hidup Fahri penuh dengan tujuan. Keluarganya telah berkorbankan hampir keseluruhan harta agar dia mendapat pendidikan yang terbaik. Yuran pengajian untuk kuliah di Al-Azhar, Mesir di peroleh dari hasil menjual sawah warisan kakeknya. Untuk itu, Fahri telah melakar tujuan hidupnya iaitu, 2 tahun bagi menghabiskan masternya, 4 tahun untuk pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dan 4 tahun selanjutnya menjadi guru besar dan menikah ketika dia menulis tesis magister, namun siapakah perempuan beruntung tersebut?
Ada cerita mengenai seorang gadis, Maria Girgis (Carissa Putri), Kristen Koptik yang berperilaku seperti seorang Islam, dia menyukai membaca Al-Quran, bahkan hafal surah Maryam dan Al-Maidah. Lalu, ada Nurul (Melanie Putri), mahasiswi Indonesia di Al-Azhar juga. Pintar, baik hati, cantik, sibuk menjadi ketua Wihdah, namun masih ingin mengajar anak-anak kecil membaca Al-Quran, lebih-lebih lagi dia merupakan puteri tunggal seorang pengasuh pesantren besar di Jawa Timur. Nurul secara diam-diam mencintai Fahri. Namun, dia tidak pernah memiliki keberanian untuk mengatakan atau memberi isyarat kepada Fahri.
Kemudian Noura (Sazkia Mecca), jiran tetangga hadapan flat Fahri, adalah seorang gadis cantik yang mengalami masalah penderaan di rumah oleh ayahnya, Bahadur. Sejak Fahri menolongnya keluar dari rumah itu dengan bantuan Maria dan Nurul, Noura turut jatuh cinta dan mengirimkan surat cinta kepadanya.
Namun, masih ada lagi... Fahri mengenal gadis terakhir ini di metro. Fahri menolongnya dari amukan warga Mesir, kerana gadis ini bersimpati dan memberikan kerusinya kepada seorang ibu warga Amerika yang ketika itu kepanasan. Sedangkan penumpang yang lain menganggap itu adalah waktunya untuk mereka memberikan pengajaran kepada pelancong Amerika itu ke atas apa yang telah dilakukan oleh negaranya.
Dan, siapakah perempuan itu? Bagaimana dengan gadis-gadis lain yang menaruh hati pada Fahri? Bagaimanakah pengakhiran cerita cinta ini?
Nantikan & saksikannya di pawagam berdekatan anda.
KOMEN NASZ: ambil lah pelung untuk menonton filem yang mengundang begitu banyak kontroversi ni. Pertama kali melihat cerita ni memang tidak dinafikan jatuh juga air mata macho ku ini disebabkan cerita ni begitu meruntun jiwa perjalanan nya. Sarat dengan emosi itu lah yang dapat saya gambarkan dalam cerita ni. tontonilah ia cuba lah kita mengadaptasi pengajaran yang cuba di gambarkan melalui filem AYAT-AYAT CINTA ni;)
No comments:
Post a Comment