Saturday, August 23, 2008

apa itu kawan?

Sekilas pandangan memang senang untuk kita menjawabnya… istilah yang mudah jika diniliai maknanya sudah tentu membawa pada seseorang yang menjadi teman ke mana sahaja kita pergi, tempat kita mengadu, teman untuk berkongsi kegembiraan,teman yang menjadi madu dan racun juga happy go lucky.

Pernah kita bertanya pada kanak-kanak sekolah ataupun adik-adik kita yang berumur bawah 12 tahun ‘apa itu kawan?’. Anda tahu apa jawapannya. “kawan tu… macam kawan adik, Baby. Dia selalu temankan adik gi beli gula-gula pastu kami main masak-masak”.

Itu kata kanak-kanak sekolah bagi remaja pula pengertian kawan amat mendalam maknanya. Cuba kita renungi jawapan yang diberi oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ini, “kawan ibarat madu dan racun, sesekali kita boleh menikmati rasa kasih sayang yang penuh keikhlasan namun adakalanya kita mungkin dilukai dan disakiti.” Azali lagi setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini ternyata tidak mampu hidup bersendirian.

Namun, kawan menurut pandangan seorang tokoh korporat pula memberi erti “ duit yang jauh angkanya adalah teman aku tanpanya aku mungkin tewas pada kehendak dunia…” Adakah ini tafsiran yang di cari? Sudah tentu ramai yang menyangkalnya.

Jika di tanya pada si suami makna kawan itu sambil tersenyum dia membalas sambil membelek gambar pada dompetnya, “isteriku adalah kawan yang sentiasa di hatiku, di kala aku hilang dalam bayangan isteriku menyinari jalannya, isteriku kau permaisuri syurgawiku”. Istilah kawan yang digarap begitu romantis sehingga mampu menyentuh setiap isi hati insan yang menelitinya.

Bagaimana jika ditanya pada seorang yang berumur dalam lingkungan 55 tahun dan ke atas? Adakah jawapannya juga mempunyai kata-kata semangat kehidupan, tafsiran romantis dan bunga-bunga kegembiran serta kesedihan. “bagi pakcik kawan itu adalah solatku, amalku, dan taat pada kedua ibubapa,pakcik. Itulah kawan pakcik yang menjadi bekalan di saat akhir pakcik menghirup nafas kelak.”

Percaya atau tidak inilah kenyataannya. Istilah kawan terlalu subjektif bila mana ditanya pada individu yang berlainan umur dan statusnya. Namun jika difikir-fikir kembali dapat kita rangkumkan segala jawapan dibawah satu kesimpulan mudah akan pengertian kawan itu adalah sang setia yang ada disamping kita tak kira suka atau duka, manis atau pahit dan dicintai atau dilukai. KAWAN itu adakalanya lebih penting dari KELUARGA pada batasan harus diingat kawan seperti mana yang harus dinilai sedemikian rupa.

Jadilah kawan yang menyayangi kawan kerana ketulusan dan kejujuran hatinya jangan membenci dirinya jika ada berlaku kepincangan sebaliknya berilah ruang untuk memperbaiki kesilapannya. Semoga anda berjaya memiliki seorang kawan yang bukan sekadar ketawa bersama, malah menangis ketika berduka.

No comments: